Panduan Asas Forex

[Home] [Get USD] [Forex] [Link] [BukuTamu] [Foto] [MP3]



Panduan Asas Forex

 

Prakata :

Terima kasih kerana memilih untuk menjenguk isi panduan asas forex ini. Pada mulanya saya bercadang membukukan panduan ringkas asas forex ini untuk diedarkan kepada prospek/downline Marketiva saya sahaja.Tetapi saya mengubah firiran dan bercadang untuk diedarkan percuma kepada umum memandangkan sebahagian besar isi buku ini sudah pun saya letakkan pada blog awam saya. Bagaimanapun, prospek Marketiva saya tetap menjadi keutamaan di mana saya akan memberi full support dari segi bantuan teknikal/moral secara online.

Panduan di dalam buku ini hanya pengenalan kepada forex sahaja. Jika anda sudah kenal forex, mungkin anda fikir buku ini kurang sesuai untuk anda. Segala yang saya catatkan di dalam ini adalah hasil tulisan saya sendiri tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak lain kecuali dinyatakan sumbernya.

Anda boleh edarkan e-book ini kepada sesiapa sahaja, tetapi anda tidak boleh mengubah, meniru, mencetak atau menulis semula sebahagian atau keseluruhan kandungan e-book ini tanpa kebenaran saya. Sebarang aktiviti jualan atau yang berasaskan keuntungan yang melibatkan e-book ini adalah dilarang sama sekali. Saya sedia menerima sebarang komen ataupun kritikan dan jika ada pandangan dan cadangan bagi memperbaiki isi kandungan panduan ini bolehlah diutarakan kepada : kolapai@yahoo.com

Sekian dan selamat membaca.

1.1) Kenapa anda memilih forex?

a) Pasaran dua hala. Anda boleh mendapat untung ketika harga pasaran sedang naik mahupun turun.

b) Pasaran 24 jam sehari. Jadual Forex bermula pada hari Isnin jam 00:00GMT dan tutup lewat hari Jumaat. Sabtu dan ahad tiada dagangan Forex.

C) Pasaran yang sentiasa aktif dan bergerak cergas setiap hari. Nilai dagangan mencecah

USD $1.5 Trillions sehari.

d) Pasaran Forex tidak dikawal oleh mana-mana individu, badan persatuan atau pun negara.

e) Bagi mereka yang Muslim, Forex adalah halal. Ini disahkan sendiri oleh Mufti Perak.

Anda boleh rujuk berkenaan kenyataan forex di website Mufti Perak :-

http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/Musykil_utama.htm

*Masih ramai lagi yang meragui Hukum Forex. Secara amnya terdapat dua jenis akaun yang ditawarkan oleh setiap Broker Forex. Pertama swap dan satu lagi swapfree akaun. Swap di sini bermaksud cas yang dikenakan jika trading kita melepasi satu hari (GMT00:00). Jika ini berlaku maka kita dikenakan bayaran overnight charge. Konsepnya berupa riba yang mana akaun jenis ini sememangnya melanggar hukum syarak. Tetapi kebanyakan broker juga ada menyediakan swapfree ataupun Islamic akaun bagi orang Muslim. Akaun ini biasanya hanya dikenakan

cas trading/bayaran komisyen sekali sahaja iaitu semasa memasuki trading, jenis akaun inilah yang dibolehkan Islam.

1.2) Persediaan sebelum terjun ke alam Forex.

1. Belajar dan usaha memahami asas forex terlebih dahulu sebelum memulakan forex trading sebenar. Ada banyak sumber percuma di internet yang padat dengan pembacaan asas forex antaranya http://www.babypips.com dan http://www.fxstreet.com .Turut serta dalam perbincangan forex dalam forum. Anda boleh dapatkan beberapa contoh laman dan forum forex di http://jomforex.blogspot.com

2. Sebaik-baiknya latih trading forex dengan akaun demo dahulu (guna wang maya).

-Anda boleh daftar demo akaun di broker Forex seperti Northfinance atau Marketiva.

3. Belajar mengawal perasaan agar tidak terganggu dengan keuntungan mahupun kerugian dalam Forex.

-Beringat yang 90 ke 95% pedagang forex selalunya gagal.

-Sasaran anda adalah untuk berada dalam kelompok 5% tu dengan memastikan kadar

keuntungan anda lebih banyak dari kadar kerugian.

4. Berdisiplin dan cuba memahirkan diri dengan satu sistem/teknik forex terlebih dahulu sebelum mencuba dengan teknik yang lain. Tidak ada sistem forex yang 100% untung. Tetapi anda boleh mencari teknik yang baik dengan 70% keuntungan ataupun lebih.

5. Target keuntungan berdasarkan kemampuan dan hendaklah realistik. Mula dengan target yang rendah seperti 5 pips ke 10 pips sehari.

1.3) Penggerak Pasaran Forex.

Walaupun tiada siapa yang mempunyai kawalan mutlak ke atas pasaran Forex, namun ada beberapa faktor dan kumpulan besar yang mampu menggerakkan pasaran. Kumpulan pertama ialah dari Kompeni atau Syarikat Koperat/Multinasional, yang mana mereka ini secara kerap berdagang merentas negara. Kumpulan kedua ialah Broker. Ia bertindak sebagai platform atau perantara di antara individu professional, broker-broker lain mahupun bank. Kumpulan ketiga ialah Syarikat Kewangan atau Bank. Terutamanya bank besar seperti Central Bank yang mana setiap kali kerajaan atau bank itu mengubah polisi dalaman, seringkali pasaran Forex turut berubah.

2) Komponen dan Terma Asas Forex.

Setiap kali kita berdagang di Forex, kita sebenarnya membeli atau menjual antara dua matawang asing. Setiap Broker Forex ada menawarkan pasangan (pair) matawang asing ini untuk

didagangkan dan kita boleh mencapainya di Pelantar (Platform) yang disediakan oleh setiap broker.

-contoh broker Forex = Marketiva, Northfinance, CMSFX dan Oanda.

-contoh pasangan matawang asing = USD/JPY , EUR/USD dan GBP/USD.

-contoh Pelantar = Marketiva streamer, Metatrader, Vtrader dan eSignal.

2.1) Matawang Forex (Currency)

Matawang forex diwakili oleh simbol (singkatan) yang telah ditetapkan.

Contoh :- US Dollar = USD, Jepun Yen = JPY, German Pound Sterling = GBP, EURO = EUR dan Swiss France = CHF. Matawang Forex didagangkan berpasangan dan unit yang mewakili pasangan ini adalah kadar harga (rate) bagi kedua-dua matawang tersebut.

Contoh pasangan :- EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, GBP/JPY, USD/CHF dan lain-lain.

 

2.1.1) Matawang Forex terbahagi kepada dua kelas yang utama iaitu Direct Currency dan Indirect Currency.

1) Direct Currency merangkumi matawang yang nilainya lebih besar dari US Dollar.

-contoh seperti matawang Euro (EUR), Great Britain Pound (GBP)

2) Indirect Currency pula ialah matawang yang lebih rendah nilainya berbanding US Dollar.

-contoh seperti Japan Yen (JPY), Swiss France (CHF) dan Australian Dollar (AUS).

Ada juga Trader yang mengkelaskan pasangan matawang kepada Major dan Cross currency.

1) Major di sini adalah pasangan matawang utama yang didagangkan bersama Dollar US.

Contoh : GBP/USD, EUR/USD, AUD/USD, USD/JPY, USD/CAD & USD/CHF.

2 ) Cross pula ialah pasangan matawang utama yang tidak didagangkan bersama matawang Dollar US.Contoh : EUR/GBP, EUR/CHF, EUR/JPY, GBP/JPY, GBP/CHF & AUD/CAD.

2.1.2) Forex Quote.

Standard untuk setiap pasangan matawang dicatatkan dengan dua harga pasaran semasa.

Satu ialah harga belian (bid/buy) dan satu harga jualan (offer/sell).

Contoh:- harga pasaran semasa pasangan EUR/USD dicatatkan dengan kadar 1.2810/1.2808,

dari pada harga semasa itu, nilai dihadapan (1.2810) adalah harga belian (bid).

Apabila kita membuat arahan belian (buy @ long) pada masa itu kita akan dapat harga 1.2810.

1.2808 (nilai harga di belakang) pula ialah harga jualan (offer), harga yang akan kita dapat apabila kita membuat arahan jual (sell @ short).

Perbezaan antara harga jualan (bid) dan belian (offer) ini dipanggil 'spreads'. Spread berbeza-beza antara pasangan matawang, dari contoh di atas kita boleh dapatkan 'spread' utk EUR/USD = 1.2810 -1.2808 = 2pips.

2.2) Jenis-jenis arahan (Order).

Bagi mendapat keuntungan dalam Forex, kita perlu melaksanakan arahan Belian (BUY) ketika harga pasaran hendak naik dan menutup arahan tadi ketika market sudah tepu atau hendak bertukar arah. Jika keadaan sebaliknya (harga hendak jatuh) arahan Jualan (SELL) perlu

dilakukan. Arahan Jual (Sell) dan Beli (Buy) pula ada lagi beberapa keadaan :-

2.2.1) Market Order

Membeli (Buy New) atau menjual (Sell New) matawang pada harga semasa.

Contoh arahan : Jika kita ingin membeli, arahan Buy New perlu dilakukan dan arahan untuk menutup pesanan tadi ialah Sell Close. Manakala jika kita ingin menjual, arahan Sell New digunakan dengan arahan Buy Close sebagai penutup.

Contoh:-

 

2.2.2) Stop Order

Menempah Belian (Buy New Stop) atau Jualan (Sell New Stop) matawang dengan lebih awal mengikut arah (trend) pasaran. Contoh arahan : Jika kita jangka harga pasaran naik ke satu point dan ia akan kekal naik, arahan yang betul adalah dengan menempah Belian (Buy New Stop

Order) pada point tersebut .Contoh:-

 

2.2.3) Limit Order

Menempah Belian (Buy New Limit) atau Jualan (Sell New Limit) matawang dengan lebih awal berlawanan dengan arah (trend) pasaran. Contoh arahan : Jika kita jangka harga pasaran naik ke satu point dan ia akan bertukar (reverse) arah turun dari point tersebut, arahan yang betul adalah

dengan menempah Jualan (Sell New Limit Order) pada point tersebut. Contoh:-

2.2.4) Arahan Stop Loss (SL) dan Target Point (TP)

i) StopLoss (Tahap Menentukan Kerugian) adalah arahan yang bertindak menutup posisi 'trading' semasa secara automatik apabila posisi semasa mengalami kerugian dan mencapai sasaran Stop Loss yang telah kita tetapkan.

ii) TargetPoint/TakeProfit (TP) pula arahan yang bertindak menutup posisi trading semasa secara automatik apabila posisi semasa mendapat keuntungan dan mencapai sasaran (Target Point) yang telah ditetapkan.

*adalah penting untuk menetapkan arahan SL dan TP untuk setiap posisi trading kita. Ini adalah salah satu fungsi yang membolehkan kita mengawal kerugian dan memaksimakan keuntungan.

2.3) Pips

Pips atau point ialah satu unit bagi mewakili perbezaan terkecil antara dua pasangan matawang yang didagangkan. Contoh, ketika kita memesan arahan Beli (BUY) pada pasangan matawang Euro berbanding US Dollar (EUR/USD) ia berada pada kedudukan 1.2500. Beberapa minit kemudian harga EURO/USD naik ke paras 1.2510. Pada ketika ini nilai Pips = 1.2510 - 1.2500 = +10 pips. Nilai positif (+) mewakili situasi untung (in profit) di mana kita pesan Beli (BUY) dan haega naik. Tetapi jika keadaan sebaliknya iaitu harga pasaran turun ke paras 1.2490, nilai pips = 1.2490 -1.2500 = - 10 pips (negatif = rugi).

2.3.1) Pengiraan Untung Rugi.

Contoh pengiraan untung/rugi dalam Marketiva:-

-Marketiva menggunakan unit Quantiti (Qty) sebagai nilai/modal/securiti untuk kita membuka posisi.

-Tiada had minima dikenakan bagi satu-satu posisi.

-Nilai 1 Qty = 0.01usd. Ini bermakna jika ingin membuka satu posisi dengan nilai 100 usd, nilai dalam Qty bersamaan ~ 100/0.01=10,000 Qty. Formula mendapatkan nilai usd dari jumlah pips yang kita dapat: - Kadar untung @ rugi (dlm usd) = [ (Nilai Pips) X (nilai terkecil pasangan) X

(Quantiti yang digunakan) ] / (kadar harga pasaran semasa = harga posisi ditutup)

contoh:- kita dapat untung +30 pips hasil dari posisi belian (1.2800) yang kita tutup pada 1.2830 dengan modal 10,000qty (100 usd). Kiraan untung (dalam usd) =

[30 x 0.0001 x 10,000]/1.2830 = $233.83 usd.

2.3.2)Empat senario Untung Rugi:-

*Mereka yang sudah mempunyai pengetahuan asas forex boleh langkau topik ini.

Senario1 :

-Harga pasaran EUR/USD =1.2800/1.2798

-Kita buka satu posisi belian (Buy Market Order).buy price =1.2800.

-Kemudian harga pasaran naik ke point 1.2810.

-Posisi semasa = untung positif +10pips

 

Senario2:

-Harga pasaran EUR/USD =1.2800/1.2798

-Buka posisi belian (Buy Market) pada 1.2800.

-Harga turun ke point 1.2780

-posisi semasa = rugi negatif - 20pips

Senario3:

-Harga pasaran EUR/USD = 1.2800/1.2798

-Kita buka posisi jualan (Sell market order) pada 1.2798.

-Harga naik ke point 1.2810

-posisi semasa = rugi -10pips

Senario4:

-Harga pasaran EUR/USD = 1.2800/1.2798

-Buka posisi jualan (sell market order) pada 1.2798

-Harga turun ke point 1.2780

-Posisi semasa = untung +20pips.

*Apa yang kita mahukan adalah tersenarai dalam contoh senario 1 & 4 dan mengelak senario 2 & 3.

 

3) Zon Masa Utama Forex.

Dagangan matawang asing forex mengaktif mengikut pembukaan kaunter oleh negara masing.

Contohnya pasangan matawang yang mempunyai matawang Yen Jepun akan kuat mengaktif ketika kaunter Jepun dibuka. Begitu juga Australia dengan AUD, Great Britain dengan Pound, E-12 dengan EUR dan US dengan USD. Zon masa US adalah zon paling aktif unjuran dominasi US Dollar dalam dagangan antarabangsa. Zon Euro adalah yang kedua aktif diikuti dengan zon Jepun dan Australia. Bagi melihat zon-zon masa forex dari pembukaan market Australia kemudianJepun, Euro dan akhir skali US, anda buleh lihat sumber dari website Oanda di sini :

http://fxtrade.oanda.com/resources/fxmarkethours/

*(pilih time zon = GMT +8 untuk merujuk pada masa Malaysia)

4) Trend Pasaran Forex.

4.1) Tiga jenis Carta Forex

Ada 3 jenis carta utama dalam forex :-

i) Candle stick Jepun

ii) Line chart.

iii) Bar chart.

Contoh tiga jenis carta :-

 

4.2) Major & Minor Trend.

Secara umumnya terdapat dua jenis trend market iaitu trend utama (major ) dan trend sementara (minor).

Ada ketikanya pasaran hanya mendatar (Trading range). Mengenal pasti major & minor trend adalah sesuatu yang perlu dikuasai oleh setiap trader.

Dalam panduan ini saya hanya tumpu pada analisis carta jenis Candle stick dan

menggunakan platform Metatrader4. Contoh :-

 

 

4.3) Kondisi/corak Pasaran

Mewakili corak/mood pasaran semasa. Secara umumnya terdapat 4 kondisi/Mood Market.

a) Trending Market

-Paling disukai ramai trader kerana trending market selalunya mempunyai arah

samada ke atas - Uptrend/North/Bull (lembu) ataupun ke bawah - Downtrend/South/Bear (beruang). Contoh:- b)Ranging Market

Kita boleh lihat pergerakan pasaran di dalam channel uptrend

 

 

Ranging Market mempunyai kadar pergerakan yang sederhana dengan had atas (top) dan bawah (bottom) yang lebih kurang sekata. Market masih bergerak aktif tetapi masih duduk didalam kawasan antara top & bottom.

 

c) Flat Market d) Choppy Market

 

Choppy Market merujuk pada kondisi market yang kucar kacir dan tidak

mempunyai arah.Pasa ini market tercari-cari arah,ada juga yang menggelarnya

reaksi "panic".Kurang sesuai untuk trading pada masa ini.Juga salah satu

kondisi market yang kurang digemari.

 

Flat market merujuk pada kondisi market yg mendatar dan mempunyai kadar

pergerakan market yang sangat sedikit(lebih kurang 10-15pips.

Salah satu kondisi market yang kurang digemari oleh trader.

 
5) Analisa Teknikal.

Menganalisa harga pasaran secara teknikal adalah satu cara untuk kita mengetahui dan meramal trend yang akan terbentuk dengan membandingkan corak (patern) trend sekarang dengan patern market yang lepaslepas. Walaupun kita tidak mengetaui apa yang akan berlaku pada market akan datang,tetapi ada masenya sesuatu pergerakan market itu berulang seperti tren yang lepas-lepas. Ada banyak kes studi ,teori dan teknik kira-kira yang digunakan dalam analisa teknikal. Antaranya ialah Fibonacci, Elliotwave, teori Dow, Gann, MedianLine, MurrayMath Line, analisa berdasarkan market volume, Moving average, channel/tunnel, BollingerBand, ParabolicSAR, pivotPoint, Breakout strategy dan Candlestick patern. Semua Teknik dan teori teknikal analisis ini buleh didapati secara percuma di internet.Disini saya akan terangkan sebahagian dari padanya sahaja.

5.1) Candlestick. Corak candlestick

Ini adalah contoh jenis candlestick pada carta yang saya guna. Saya sengaja menggunakan warna biru (biasanya putih) untuk bull candle dan warna merah (biasanya hitam) untuk bear candle. Selepas ini saya akan guna istilah cs untuk candlestick dan bull untuk pergerakan menaik dan bear untuk menurun

 

Doji terbentuk apabila harga buka dan tutup pada level sama.bull dan bear sama kuat

*Kenapa orang panggil bull/lembu/kerbau menaik dan bear/beruang menurun. Ini kerana Lembu biasanya mempunyai tanduk dan apabila ia menanduk arahnya keatas dan bear/beruang pula mempunyai cakar dan apabila ia mencakar pergerakannya cenderung kebawah.

 

Gravestone Doji Bullish Engulfing Bearish Engulfing

terbentuk bila harga buka dan tutup beada pada paras yg

sama dan ia berada dibawah sekali.kemungkinan akan bear

 

bear cs diikuti dengan bull cs yg mempunyai open dan close price lebih besar dari sebelumnya.Pertukaran trend dari bear ke kepada bull

 

bull cs diikuti dengan bear cs yg mempunyai open dan

close price lebih besar dari sebelumnya. Pertukaran trend dari bull ke kpd

bear

 

 

 

 

 

 

Hammer Morning Star Evening Star

mempunya batang(shadow) yang panjang dibawah dan body

yang pendek dibahagian atas.bertukaran dari bear kepada bull

 

Corak menandakan pertukaran arah dari bear kepada

bull

 

Corak menandakan pertukaran arah dari bull kepada bear

Patern-patern canslestick ini sesuai digunakan pada TimeFrame yang besar seperti 1H hingga Daily/weekly.Tumpu corak cs ini pada zon-zon fibo dan Hi-Low breakout.

5.2) Indicator

merujuk kepada analisa matematik keatas pergerakan harga market semasa. Ianya diprogramkan supaya memaparkan satu corak (patern) di atas carta. Terdapat dua jenis indicators iaitu leading indicato r(mendahului) dan lagging indicators (mengekori).

5.2.1)Leading Indicators :-

- CCI,Relative Strength Index(RSI) dan Stochastic

-Menganggar harage pasaran mencapai paras jualan tepu (oversold) dan belian tepu(overbought).

contoh leading indicator:-

i)RSI

-mengukur peratusan jual/beli dengan mentafsir nilai overbought(cenderung

menurun) jika RSI >80 dan oversold(cenderung menaik) jika RSI <20.

5.2.2)Lagging Indicators :-

i)MA - Moving Average adalah salah satu indicator yang popular.Ia digunakan

untuk menggambarkan trend jika harga semasa melepasi satu-satu unjuran

MA.Antara setting MA yang pupolar =

5EMA,20EMA,100EMA,200SMA,60SMA,50EMA dan banyak lagi. Contoh ada

dibawah pada subtopik "Teknik1 : Multiframe SMA60".

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ii)MACD Moving Average Convergence-

Divergence,mengukur pergerakan dua Line

Moving Average(slow & fast).Biasanya

digunakan untuk melihat divergence iaitu ia

memperlihatkan corak pergerakan yang

berlawanan dengan corak harege

pasaran.Default setting = 12-26-9

 

 

Contoh yang saya bagi hanya sebahagian sahaja.Anda buleh dapatkan info berkenaan indicator ini dibahagian sumber web forex :- http://jomforex.blogspot.com

5.3)Teknik1 : Multiframe SMA60 (berasaskan pada pergerakan Moving average)

i)Buka platform Metatrader4 dengan carta candlestick dan susun ketiga-tiga carta secara horizontal.

ii)Set carta pertama dengan timeframe 1jam(1H),kedua dengan 15minit(15M) dan

yang terakhir =5minit(5M).

ii)Letakkan satu Moving Average indicator pada setiap carta dengan setting 60 Simple-MA.

Peraturan teknik SMA60 :-

a)Kenal pasti Major trend pada carta 1H samada menaik(UP) atau menurun (DOWN) Major trend UP :-

Harga pasaran di atas SMA60 dengan SMA60 melengkung keatas. Major trend Down:-

Harga pasaran di bawah SMA60 dengan SMA60 melengkung di bawah.

b) Periksa samada carta 15M juga dalam tren yang sama. Jika sama teruskan dengan langkah seterusnya.

c)Kenal pasti trend semasa pada carta 5M.

Jika ia sama dengan major trend, tunggu dulu sehingga berubah ke minortrend. Kenapa nak tunggu? Ini kerana ketika kita masuk market ketika major trend, ade kemungkinan masa itu sudah lewat dan kehabisan momentum seterusnya market menukar arah (minor reversal/pullback).Adalah lebih baik kita tunggu minor trend kenal pasti pembalikan (reversal) dengan melihat candle stick patern atau melihat RSI indicator sebagai panduan market oversold/overbought.

Contoh Carta dengan setup SMA60 :-

Saya sudah pun compile profile, template dan indicator dalam satu zip file.

Email kepada saya untuk fail tersebut. Apabila anda sudah muat turun fail tersebut (gmos_forex.zip), extract/unzip fail tu ke dalam folder Metatrader4. Jika anda ingin unzip dan pindah secara manual , pastikan fail-fail tersebut berada pada tempat yang betul:-

 

Setelah fail-fail tersebut berada pada tempatnya, anda hanya perlu load profile yang bernama gmos_sma60. Anda juga buleh semak panduan ringkas Metatrader4 untuk penjelasan lebih

lanjut berkenaan MT4 di sini :- http://jomforex.blogspot.com/2006/05/gmosfx-mt4-guide.html

5.4)Teknik 2: Pendekatan Support & Resistance.

a)Support (had sokongan) juga dipanggil valley (lembah) adalah tempat atau zon terendah dimana berlakunya pertukaran arah dari menurun (downtrend) kepada menaik (uptrend).

b)Resistance (had rintangan) juga dipaggil peak (puncak) adalah tempat atau zon tertinggi di mana berlakunya pertukaran arah dari menaik (uptrend) kepada menurun (downtrend).

Pedagang Forex menggunakan zon-zon Support dan Resistance sebagai panduan menentukan point Entry (masuk) dan Exit (keluar -TP@SL). Teknik support & resistance ini boleh diaplikasikan pada Daily Pivot Point. Contoh adalah seperti berikut:-

Daripada rajah kita dapat lihat carta pair 4H EUR/USD dengan Pivot harian serta zon support & resistance. Zon-zon ini lah yang perlu kita ambil perhatian. Anak panah mewakili kemungkinan pergerakan market bergantung pada momentum dari FA ataupun market volume.

5.5)Teknik3 : Strategi Breakout High & Low

Teknik Breakout biasenya digunakan dalam trading harian bagi mengenal pasti sama ada satu-satu trend market itu masih sama seperti hari sebelumnya (berada dalam range) ataupun berubah (breakout). Terbahagi kepada dua jenis :-

a) Breakout High - satu point tertinggi dicapai melepasi point tertinggi hari-hari sebelumnya.

a) Breakout Low - satu point terendah dicapai melepasi point terendah hari-hari sebelumnya.

Teknik dan konsep Breakout ini juga fleksibel dan boleh digabungkan dengan mana-mana teknik atau kaedah analisis teknikal lain seperti Fibo dan pivot support & resistance. Contoh :-

Daripada rajah di atas saya plotkan zon-zon Resistance berdasarkan Hi-Low pada carta 4H EUR/USD.

5.6)Teknik4 : Kaedah Fibonacci.

Kaedah Fibonacci diasaskan oleh tokoh Matematik terkenal Leonardo Fibonacci de Pisa yang terkenal dengan buku berjudul Book of Calculation. Beliau telah menemukan banyak formula matematik dan salah satu yang popular dan digunakan sehingga kini ialah Konsep Fibonacci lebih ringkasnya = Fibo. Banyak rujukan percuma yang memberi penerangan asal usul dan pengiraan komples Fibo, tetapi dalam pembelajaran asas saya ini cuma menerangkan penggunaan nombor-nombor atau zon-zon penting Fibo sahaja. Nombor yang biasa digunakan ~ 0.382(38.2%),0.50(50%) dan 0.618(61.8%), ini adalah beberapa nombor 'Magic' dalam analisa teknikal Forex.

Apa faedah nya Fibo pada Forex?

Oleh kerana popularnya pendekatan Fibo di kalangan pedagang-pedagang awal, ramai menggunakan ia sebagai salah satu kaedah menentukan zon-zon Support dan Resistance.

Contoh carta dengan plot support&resistance berdasarkan zon-zon fibo:-

5.7) Teknik 5 : Simple Trendline Trading.

Teknik ini adalah antara teknik paling asas,tetapi ianya boleh menjadi teknik yang baik bila kita gabungkan dengan teknik-teknik sebelum ini. Melukis/mejajarkan trendline tidaklah sesukar mana, tetapi mendapatkan trendline yang betul agak mencabar. Trendline boleh dibentuk dengan menjajarkan satu garis lurus pada dua atau lebih titik tertentu. Saya ambil contoh market EUR/USD dari 7sept hingga 2 Oct 06 di mana market range pada masa ini adalah antara 1.2630 (lowest) hingga ke 1.2829 (highest). Secara tak langsung dua-dua point ini adalah major Support & Resistance.

Daripada carta kita dapat lihat, sejak lewat 7 Sept hingga 19 Sept market nampak "choopy" tak menentu dengan ranging antara 1.2630-1.2751, tetapi pada 20 dan 21 Sept kita ada nampak satu pergerakan yang ketara di mana market membentuk uptrend channel. Sampailah pada 21 Sept jam 1600, market break 1st Resistance pada 1.2751. Pada masa ini ada beberapa point entry yang boleh kita pilih, trader yang trade base on trendline cenderung untuk enter market bila cecah pada garis trend line, dan mengharap ia akan melantun ke atas. Jika kita lihat pada Low cs pada 20 Sept 20:00,21sept 00:00 dan 21 Sept 08:00, ketiga-tiga low point membentuk trendline ke atas. Pada masa ini trendline trade akan tunggu cs seterusnya untuk landing pada jajaran trendline ini bagi meletakkan Entry point samada Buy/Sell. Pada 16:00 21 Sept sekali lagi market menghampiri trendline, pada masa ini trader akan merujuk pada indicator tambahan bagi menentukan samada hendak enter buy atau sell. Saya ambil indicator MACD sebagai indi sokongan dengan setting FastEMA=12(biru),SlowEMA=26(merah). FastEMA berada di atas SlowEMA dan kedua-duanya berada di atas level 0, ini memberi signal tambahan untuk buy entry. Maka kita boleh set order pada 1.2710 dengan Stoploss pada 1.2685 (21 Sept

low) dan 1st target pada 1.2751 (14 sept high), 1.2790 for 2nd and 1.2830 for last target.

Result : 1st and 2nd target hit bila market melantun ke atas selepas test next trendline at 1.2710 (entry). Market breakout 1.2751 (1st target) dan seterusnya ke target ke-2. Pada 22 sept market break 2nd target dan menuju 3rd target. Dengan highest price 1.2828. Kemudian dia start turun dan test high pada 1.2825.sebelum ia turun semula pada 2nd target. Jadi bila masa paling sesuai untuk kita Exit? Ada beberapa kaedah untuk kita dapatkan Exit point.

Satu daripadanya ialah apabila target2 kita tercapai.(1st,2nd atau 3rd), lagi tinggi target lagi besar risiko,tetapi jika kita dah lock profit(trail stopploss) maka risk juga akan dapat dikurangkan.

Satu cara lagi adalah pada trendline. Kita exit bila market cecah pada unjuran trendline yg seterusnya (25sept @1.2782). Ataupun kita rujuk pada indicator sokongan(MACD),yang ini kita kene selalu alert dimana kita monitor FastEMA dan SlowEMA,perhatikan jika pergerakan FastEMA melemah dan kedua2 EMA ini semakin berdekatan,ini adalah tandatanda pertukaran trend,kita buleh ambil profit pada ketika ini (hampir besilang) untuk kurangkan risiko.Jika kita perhai betul2 pada FastEMA pada 1:30 23sept

Ada sedikit divergence pada point berkenaan dengan point 16:00 22sept. Perpandukan indi sokongan ini kita buleh take profit dlm range 1.2795-1.2805.


6) Analisis Fundemental

Masih ada satu lagi bab yang masih saya belum cover iaitu analisa Fundamental (Fundemental analisys - FA). Ketika ini bagi mereka yang ingin penerangan FA dalam bahasa English buleh singgah di Blog saya :- http://onlinebisnes.com/blog/2006/10/20/fundemantal-analisys-on-forexpart1/ Kenapa FA sangat penting?Ia penting kerana ada selalunya trader mentafsirkan FA sebagai leading indicator dalam pasaran forex.Kebiasaannya kita hanya guna TA untuk mengekor/memmpin hala tuju market. Ada juga orang cakap FA ialah pemandu dan TA punya adalah sebagai tokol meter kepada pemandu tadi. Fundemental Analisys mempunyai banyak elemen,antaranya ialah keadaan politik dan ekonomi semasa sesuatu negara. Salah satu elemen yang selalu menjadi rujukan trader ialah Market events.Setiap negara mempunyai polisi dan benchmark ekonomi masingmasing. Dari mase ke semasa polisi dan data banchmark ini akan dikeluarkan bagi mengukur tahap pertumbuhan ekonomi negara berkenaan.Setiap dari padanya akan diletakkan pada kalender forex. Secara ringkasnya kita akan perhatikan Major pair dan Major News pada kalender Forex. Salah satu website yang menyediakan kalender forex ialah di

www.forexfactory.com .Pergi laman ini dan tukar kan set time zone kepada GMT+8 untuk waktu Malaysia. Perhatikan pada masa news keluar,pada zon/negara mana dan brape nilai untuk forecast(ramalan). Buleh perhatikan pada blog saya berkenaan tahap kuatnya perngaruh satu-satu

news itu terhadap market forex. Contoh pada jam 8:30pm jumaat pertama tiap-tiap bulan akan ade news Nonfarm payrolls untuk market US.Lihat pada previous,ini adalah bacaan pada bulan lepas,contoh 125k.Tengok pula pada forecast,contoh 160k.Ini bermakna Para analisis menjangkakan yang bacaan NFP akan naik.Jika bacaan sebenar(actual) yang keluar nanti sama atau lebih baik dari bacaan

ramalan(forecast),maka matawang USD akan menguat akibat daripada reaksi pelabur membeli matawang usd ekoran indicator economy yang baik untuk market US. Ini secara langsung akan menggerakkan pasaran forex,kita akan lihat major pair yang berpasangan dengan usd akan menerima impak yang kuat.Contoh pair GBP/USD,jika USD menguat maka nilai pair GBP berbanding USD akan

menurun.bagi pair USD/JPY pula,kita akan nampak nilai USD berbanding JPY akan menaik.

7.Tips ber-Forex Sedikit tips dari Forex Trader yang terdahulu :-

~Guna 10-20% sahaja dari margin/modal untuk trading dalam satu-satu masa.

~tentukan risiko kerugian dengan meletakkan Stoploss bagi setiap posisi yang kita buka.

~tetapkan sasaran dan elakkan sikap terlalu optimistic/greddy.Ambil profit apabila sasaran mengena(disiplin) atau sekurang-kurangnya alihkan stoploss pada kedudukan in-profit(trailing stop).

~Jika anda ragu-ragu jangan masuk market.Ada kalanya tidak berbuat apa-apa adalah jalan yang terbaik.

~Trading berdasarkan apa yang anda lihat bukan apa yang anda fikir.

~Jika gaya trading anda lebih kepada jangka pendek,tutup sebarang open trade sejurus sebelum berita ekonomi utama (news/market event).

~Seelok-eloknya ambil satu atau dua pasang matawang dahulu untuk anda kuasai.

~Jangan lupa tutup trading pada lewat hari Jumaat.Seeloknya jangan ada open trade pada hari cuti forex.

~Forex can make you win fast but it also can make you loss faster! Sentiasa belajar,sabar dan berdisiplin dalam Forex.

Sekian dahulu.

RUJUKAN:-

http://jomforex.blogspot.com/2006/05/daily-fx-analisys.html

• Dari mase kesemasa saya juga akan update blog saya berkenaan Topic

forex :

http://onlinebisnes.com/blog

• Dan saya akan membuka forum untuk perbincangan Forex disini :-

http://www.onlinebisnes.com/forum/

This is where you enter the text that you want to appear on your page. Simply press the Edit button below to delete this text and enter your own. You can format the text using several different fonts and attributes.